Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, March 9

Panduan Penting Untuk Anda dan Bayi


Untuk Ibu –ibu Mengandung

Apabila anda dianugerahkan tanggungjawab sebagai seorang ibu, anda pasti risau tentang kesihatan dan perkembangan minda si manja dalam kandungan anda. Alangkah baiknya jika anda yakin bahawa terdapat nutrient penting yang boleh menggalakkan perkembangan minda si manja.

Nutrien- nutrient ini – Asid Folik atau Folat, Zat Besi, Asid Lemak Perlu (EFA) dan Asid Sialik (SA).

Amalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin kandungan kesayangan anda menerima nutrient-nutrien ini secara berterusan.

Kepada bapa/suami galakkan isteri anda yang mengandung meminum susu tepung 2 gelas sehari. Contoh ANMUM MATERNAL atau Ig-G Plus atau pastikan kandungan susu seperti yang saya sebut diatas.

Pada peringkat ini, deria bayi anda sudahpun mula berkembang; si manja boleh merasakan apa yang anda mkan, dapat mendengar bunyi seperti degupan jantung dan suara anda, dan bergerak dengan aktif dalam kandungan!

Terdapat banyak cara untuk meransang deria bayi anda. Berikut adalah beberapa petua:

Ø Berbual, menyanyi dan membaca kepada bayi dalam kandungan anda. Suara anda menenangkanya, dan akan dikenalinya pada saat kelahiran. Malah, si ayah juga boleh turut serta berbuat demikian.

Ø Mainkan muzik yang menenangkan bayi anda. Muzik klasikal adalah yang terbaik, dan mendengar bacaan surah Al-Quran. Ini dapat mengasah minat dalam diri bayi anda.

Ø Belai dan sentuh anak anda dengan sentuhan pada perut anda pada waktu-waktu yang sesuai seperti selepas makan dan ketika tidur atau apabila bayi dalam kandungan anda telah punbergerak dengan aktif. Aksi ini akan mencetuskan hubungan yang bermakna antara anda dengan bayi anda, dan akan terus berkembang selepas kelahirannya serta apabila membesar nanti.

Untuk Yang Baru Bergelar Ibu

Sambil meraikan saat-saat gembira ini, teruslah bekalkan khasiat untuk perkembangan minda si manja dengan nutrien penting. Susu ibu adalah sumber khasiat yang paling baik untuk si manja – kolostrum atau ‘susu awal’ merupakan makanan awal yang sempurna kerana ia padat dengan nutrient termasuk antibody yang dapat mencegah penyakit dan melindungi kesihatan bayi anda. Kolostrum mengandungi kesan ‘ lawas’ dan membantu menyingkirkan bilirubin* berlebihan untuk mengelakkan penyakit kuning.

Kolostum juga merupakan ‘vaksin’ semulajadi dan selamat yang melindungi bayi anda daripada serangan kuman di bahagian sensitive, iaitu lapisan membrane dalam kerongkong, paru-paru dan usus. Selagi bayi anda diberi susu ibu, dia akan mendapat imunisasi perlindungan semulajadi daripada pelbagai virus dan bacteria.

Oleh itu, berusahalah untuk menyusukan bayi anda. Pada mulanya, usaha ini mungkin terasa rumit dan berat, tetapi anda akan mendapati bahawa menyusukan anak mendatangkan kebaikan dari segi zat pemakanan dan juga perkembangan fisiologi. Ikatan antara ibu dan anak yang bermula dalam kandungan akan diperkukuhkan.

Menggalakkan ibu-ibu meminum susu sekurang-kurangnye 2 gelas sehari, ia bukan sahaja minuman yang lazat dan menyihatkan anda tetapi juga memberi manfaat kepada si manja.

Berikut adalah panduan menyusukan bayi:

Ø Pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Gunakan bantal untuk meninggikan dan menyokong kedudukan lengan anda, dan gunakan bantal lain untuk mendekatkan bayi ke payudara anda.

Ø Dakapkan bayi anda supaya dia rapat dengan tubuh anda supaya hidung dan mulutnya menghadap puting payudara anda.

Ø Galakkan bayi anda supaya membuka mulutnya dengan luas da sokonglah bahagian belakangnya ( bukan bahagian belakang kepalanya) agar dagunya menekan payudara anda. Dalam kedudukkan itu, hidungnya akan menyentuh payudara anda dan tangan anda bertindak sebagi ‘ leher kedua’ bagi bayi anda.

Ø Belay bayi anda dan bercakap-cakap dengannya secara lembut semasa dia menyusu.

Ø Nikmatilah saat-saat istimewa ini! Anda mungkin memerlukan beberapa cubaan sebelum mencapai kedudukan yang terbaik bagi anda dan bayi anda. Jika anda berasa kurang selesa, pisahkan bayi anda daripada payudara anda dan cuba sekali lagi.

*Bilirubin ialah pigmen utama hempedu yang terbentuk daripada penguraian haemoglobin, sejenis pigmen dalam sel darah merah. Aras bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pigmentasi kekuningan yang berkaitan dengan jaundis.

Untuk Si Manja

Jika anda tertanya-tanya mengapakah si manja seolah-olah mengalami masalah penglihatan, ini adalah kerana deria penglihatannya adalah deria terakhir yang berkembang ketika baru lahir. Oleh sebab itu, teruskanlah menyusukan bayi anda dengan susu ibu, dan buat si ibu minumlah susu selalu…

*EFA merupakan asas pembinaan DHA dan AA. Ia adalah kompenen utama otak dan mata. Breastfeeding mengandungi nutrien penting ini.

Apabila bayi anda bertambah aktif, dia memerlukan makanan yang lain selain daripada susu; bayi anda juga akan bersedia untuk mencuba rasa tekstur makanan yang baru. Perkenalkanlah makanan pejal kepada si manja secara beransur-ansur, bermula dengan makanan mudah seperti kacang dhal yang telah direbus dan dijadikan pati, lobak merah atau bayam atau kentang yang dilecek bersama sedikit susu. Garam atau perasa tidak diperlukan.

Ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk anda dan si manja saling berkenalan. Rangsangkanlah deria dan mindanya!

Cubalah idea-idea menarik berikut:

Ø Luangkan masa untuk bertentang mata dengan si manja. Bayi yang baru lahir amat suka melihat wajah anda, terutama mata anda. Pelbagaikan mimik muka anda seperti membesarkan mata, menggerakkan mulut, dan mengangguk atau menggelengkan kepala anda.

Ø Tarik perhatiannya dengan warna-warna yang berkontras tinggi seperti merah dan putih serta warna cerah untuk merangsangkan perhubungan sel-sel otak si manja. Alihkan warna-warna ini supaya dia mengikuti pergerakan itu dengan matanya.

Ø Pelbagaikan makanannya supaya bayi anda menikmati dan mengenal rasa yang baru, serta menentukan kegemarannya. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti telur dan makanan laut sehingga bayi anda mencapai umur 12 bulan.

Untuk Kanak-Kanak Kecil

Ini merupakan peringkat tumbesaran yang mencabar. Kanak-kanak kecil begitu comel tetapi meletihkan. Peringkat ini juga mencabar untuk anak anda. Banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan, dan pembelajaran berlaku dengan begitu pesat. Setiap hari, dia belajar perkara baru: berjalan tanpa dipimpin, minum dari cawan sendiri tanpa menumpahkan air, membina menara mainan dengan kiub mainan dan menyelesaikan teka-teki susun suai gambar.

Perkayakanlah perkembangan fizikal dan mentalnya. Si manja terus memerlukan DHA, Zat Besi, Fosfolipid, Asid Lemak Perlu( EFA) dan Asid Sialik (SA). Nutrien-nutrien diperkayakan untuk minda si manja agar berkembang secara sempurna.

“Apa itu ?”, “Mengapa?”, “Mengapa begitu?”, “Lepas itu…?” merupakan soalan-soalan yang kerap ditanya si manja dan inilah caranya menimba ilmu. Bersedialah menyahut cabaran ini. Rangsangkan mindanya secara langsung dan berterusan. Gunakanlah pelbagai permainan dan alat mengajar, di samping percakapan, drama dan hiburan.

Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu kemajuan anak anda sambil dia berinteraksi dengan dunia di sekelilingnya:

A) Pengukuhan Tatabahasa.

Gunakan perkataan-perkataan deskriptif apabila anda berbual dengan anak anda tentang segala yang anda melakukan, merasa, melihat, mendengar atau menyentuh.

B) Memperkuat Daya Ingatan.

Ulangi percakapan atau aksi dalam permainan dan interaksi supaya perjalanan maklumat dalam otak diperkukuhkan.

C) Menanam minat si manja terhadap Matematik.

Galakkan si manja membilang objek yang terdapat dalam rumah semasa anda menjalankan kerja rumah.

* saya sarankan supaya mengasah peranan anda ketika anda mengandung lagi. Buat aktiviti yang menguji minda anda seperti membaca pelbagai bahasa , memahami dan membuat latihan matematik dari peringkat 1 hingga SPM. Memang geliga otak anak anda macam tahap professor….InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment

Rise and shine you .Wishing you a good magical day.Thanks for comments and visit again.

fb# Follower


Nurses Day