Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

BLOG INFO


Bab 2
Masalah – masalah biasa Yang dihadapi Oleh Bayi Yang Baru Lahir



Ketika tempoh beberapa minggu pertama kehidupan bayi, bayi yang sihat boleh turut menghadapi beberapa masalah biasa yang dihadapi oleh bayi-bayi yang lain. Namun, anda boleh menguruskan masalah ini dengan sendirinya. Berikut adalah senarai beberapa masalah biasa yang kerap dialami oleh bayi yang baru lahir dan apa yang patut anda lakukan :

Masalah-masalah biasa dan apa yang patut anda lakukan:-



Sedu
Sedu adalah perkara biasa yang berlaku selepas penyusuan yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 minit. Maka, adalah digalakkan agar anda kerap menyendawakan bayi anda. Bayi mungkin akan menyedut sedikit udara ketika sedang menyusu, dan sedikit udara inilah, akan menyebabkan dia berasa sudah kenyang walaupun dia belum cukup kenyang, sebenarnya. Cuba sendawakan bayi anda selepas setiap penyusuan.



Kembung Perut
Bayi akan menagis dengan jeritan yang kuat dan dalam keadaan teresak-esak. Selalunya ini terjadi pada bayi yang berusia 1-3 bulan. Punca masalah kembung perut ini masih belum diketahui. Bayi yang mengalami masalah kembung perut ini sukar untuk dipujuk dan anda boleh perhatikan caranya menagis dengan kakinya terangkat-angkat kea rah dadanya.
Mintalah nasihat daripada doctor. Bagi mengurangkan masalah kembung perut ini, anda mesti mengamalkan teknik penyusuan yang betul, kerap sendawakan bayi dan mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi.
Buat teknik massage / sentuhan di bahagian perut dengan menggunakan minyak bayi yang boleh digunakan. Kemungkinan bayi berasa terlalu dingin atau cara pemberian susu dengan botol, penolakakn udara bersama susu yang boleh mengundang rasa tidak selesa bayi.

Muntah / Tumpah susu ( Jeluak )
Muntah susu adalah masalah biasa yang dialami oleh kebanyakkan bayi dan adalah disebabkan oleh pelbagai factor. Bayi yang diberi minum susu yang terlalu banyak akan memuntahkan susunya semula. Faktor-faktor lain termasuklah cara penyediaan susu yang kurang tepat, saiz lubang pada putting susu tidak sesuai dan cara anda memegang botol semasa memberi susu adalah salah, di mana bayi akan cenderung untuk menyedut lebih banyak udara ketika menyusu. Maka, pastikan teknik penyusuan yang digunakan adalah betul. Kerap sendawakan bayi anda. Lambat laun bayi akan kurang memuntahkan susunya semula. Jika bayi anda menyusu dengan sempurna dan berkembang secara normal, anda tidak perlu risau mengenainya.
Namun, jika bayi anda bertukar menjadi biru semasa memuntahkan susunya dengan banyak, sukar untuk bernafas, atau nafas bunyi berdehit atau tercekik dan berat badannya tidak bertambah, maka segeralah berjumpa dengan doctor.

Kulit Kepala Berkerak
Keadaan ini berlaku apabila terdapat selaput yang tebal, berwarna kekuningan dan berkerak di atas kulit kepala bayi. Usah risau, kerana keadaan ini tidak menyakitkan bayi. Anda boleh membuangnya dengan mencuci kulit kepala bayi dengan minyak bayi atau minyak zaitun dan biarkannya selama 10-15 minit, seterusnya, basuh rambutnya dan lap kulit kepala bayi dengan lembut.

Ø Ruam Panas
Pada bayi yang baru lahir, akan kelihatan beberapa tompok merah pada muka , leher dan badan. Namun, anda tidak harus berasa risau kerana keadaan ini akan hilang begitu sahaja tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Jangan sapukan bedak pada kulit bayi, kerana bedak tersebut tidak akan mengeringkannya bahkan debu bedak itu akan merangsang perpeluhan dan ruam akan menjadi bertambah teruk.

Ø Ruam Lampin
Kulit di sekitar bahagian ari-ari, punggung, sekitar kemaluan akan menjadi merah dan gatal-gatal disebabkan oleh kencing atau najis. Pastikan kulit bayi sentiasa bersih dan kering dengan kerap menukar lampinnya yang telah lembap dan basah. Bersihkan bahagian di sekitarnya dengan air dan gumpalan kapas terutamanya selepas dia membuang air besar. Adalah dinasihatkan agar anda menggunakan lampin yang berkualiti tinggi untuk bayi anda.

Ø Ruam susu
Kadangkala susu yang keluar dari mulut bayi boleh menyebabkan ruam pada bahagian tepi mulutnya, pipi dan dagu. Selepas setiap penyusuan, anda haruslah mengelap mulut dan muka bayi anda dengan kain atau gumpalan kapas yang basah



Jaundis ( sakit kuning )
Masalah ini tidak terdapat pada bayi ketika dia lahir, tetapi mula terjadi pada hari kedua atau ketiga dan menjadi semakin teruk pada akhir minggu pertama. Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit dan mata putih bayi bertukar menjadi kuning. Warna tersebut sebenarnya terjadi apabila darah terkumpul dalam hati bayi yang belum cukup matang dan hati tersebut tidak berupaya memproses bahan kimia yang berwarna kuning yang dipanggil bilirubin dengan cukup pantas.
Anda harus berjumpa dengan doctor untuk mengetahui tahap keseriusan keadaan jaundis ini. Bayi yang mengidap jaundis yang amat teruk akan dirawat di hospit l, biasanya melalui fototerapi atau proses menukar darah. Jaundis yang tidak begitu teruk adalah tidak merbahaya, biasanya dapat dirawat di rumah dengan meletakkan bayi di tepi tingkap agar kulit bayi dapat disinari dengan cahaya matahari pagi untuk beberapa jam setiap hari.
Sebenarnya, bayi yang menyusu badan akan mneyebabkan masalah jaundis ini bertambah teruk. Bayi akan lambat sembuh dan akan mengidap jaundis untuk beberapa minggu. Namun, jika keadaan jaundis ini tidak begitu teruk, adalah selamat untuk meneruskan penyusuan susu ibu.




Bab 1
Menguasai Asas-asas Kemahiran Penjagaan Bayi
Jika bayi anda merupakan cahayamata pertama, tingkah laku bayi anda pada sekitar minggu pertama mungkin menjadi satu misteri kepada anda. Namun, lambat-laun anda akan mula memahami sikap dan tingkah lakunya. Kebanyakan ibu bapa, terutamanya bapa, berasa gentar untuk memegang bayi yang baru lahir kerana takut bayi akan terlepas dari pegangannya. Jadi , anda haruslah bersikap tenang kerana naluri dan sifat kasih sayang anda terhadap bayi akan menjadi panduan dalam membantu anda mengharungi pengalaman yang baru dan indah ini. Sebenarnya tidak sukar untuk menguasai asas-asas kemahiran penjagaan bayi. Justeru itulah, kami akan membantu anda dalam memberi pelbagai panduan berguna agar anda lebih mahir dan yakin dalam menjaga dan mengasuh anak anda.
Cara Memegang Bayi
Ia merupakan naluri semulajadi seorang ibu untuk mendukung bayinya rapat kea rah tubuh badannya, bercakap dengan lembut sambil merenung wajah dan matanya dengan penuh kasih sayang. Bayi yang baru lahir ini akan berasa lebih selesa apabila dia sentiasa didakap, belay dan dipeluk mesra. Pastikan anda mendakap erat dirinya, terutamanya pada minggu-minggu awal kehidupannya kerana ini akan membuatnya berasa selamat dan selesa ( sama ada dalam pelukan anda, pakaian atau kain selimut).
Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

Tingkah laku dan tindakbalas refleks bayi “ kemahiran Semulajadi Bayi”
Semua bayi yang baru lahir mempunyai tindakbalas refleks atau tingkah laku semulajadi yang bertujuan untuk melindungi mereka. Tindakbalas refleks ini akan berlaku sehingga bayi dapat belajar dengan sendirinya, iaitu setelah bayi berusia 3 bulan. Ada beberapa jenis tindakbalas refleks yang dapat dilihat dengan jelas sekali.

Kemahiran Semulajadi

Refleks Perlecakkan
Jika anda menyentuh pipi bayi dengan hujung jari anda, dia akan memalingkan kepalanya kea rah rangsangan ini dan mulutnya juga akan turut terbuka. Refleks ini memberi panduan kepada bayi untuk memudahkannya mencari puting payudara anda untuk memulakan penyusuan.
Refleks Penyedutan
Setiap bayi yang baru dilahirkan mempunyai keupayaan untuk menghisap. Bayi akan cuba menghisap apabila sesuatu cuba dimasukkan ke dalam mulutnya atau jika anda cuba menyentuh lelangitnya dengan hujung jari anda.
Refleks Pengenggaman
Bayi yang baru lahir akan mengenggam dengan kuat apabila sesuatu diletakkan di tapak tangannya secara automatic. Jika anda cuba menyentuh kakinya pula, dia turut membalas seperti mahu menggenggam sesuatu.
Refleks Kejut/Moro
Sebagai tindakbalas terhadap bunyi yang kuat atau hentakan yang mengejut, kedua-dua belah kaki bayi akan terangkat dan kedua-dua belah tangannya akan turut terlempar kea rah sisi badannya. Jika ini terjadi, dakaplah bayi dengan erat agar dia berasa selamat dan selesa.

Penjagaan Pangkal Tali Pusat
Pangkal tali pusat akan kering dan tertanggal 1-3 minggu selepas bayi lahir. Anda harus memastikan bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering. Anda mungkin dinasihatkan untuk hanya mengelap pangkal tali pusat tersebut dengan lembut iaitu dengan menggunakan ubat antiseptic dan kapas yang bersih. Anda tidak perlu menunggu hingga pangkal tali pusat itu tertanggal untuk memandikannya, asalkan anda sentiasa memastikan kawasan tersebut benar-benar telah dikeringkan sebaik sahaja anda selesai memandikannya.
Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doctor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

Mandi dan membersihkan bayi
Sebahagian daripada rutin harian anda ialah memastikan bayi anda sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pastinya pengalaman memandikan bayi buat pertama kalinya merupakan sesuatu yang mencabar. Namun, jika anda cuba memperuntukkan masa selama stengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dan cuba bertenang, anda mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi.
Panduan memandikan bayi:

1. Seelok-eloknya gunakan sebuah besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.
2. Kesemua kelengkapan untuk mandi hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:
· Sabun dan syampu bayi
· Sehelai kain untuk mengelap bayi
· Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi
· Sehelai tuala
· Pakaian dan lampin yang bersih
3.Pastikan bilik mandi atau bilik anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina yang kuat.
Tanggalkan semua pakaiannya dan balutkannya dengan tuala.
4. Cuci mata dan basuh mukanya terlebih dahulu.
Celupkan gumpalan kapas di dalam air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah bahagian pinggir luar mata.
Kemudian, gunakan gumpalan kapas bersih yang lain untuk mencuci mukanya.
5.Seterusnya basuh rambut bayi. Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi. Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.
Tuangkan sedikit syampu tanpa pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya dikeringkan dengan baik.

6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.
7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak berada di dalam air.
Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual dan senyum dengannya ketika memandikannya.
8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan tuala . Keringkannya dengan lembut.
9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah pangkal tali pusat tersebut.

Amalan Pemakanan Bayi
Ingatlah bahawa asas atau tujuan pertama yang perlu anda ingat mengenai pemberian makanan kepada bayi adalah untuk memastikan yang bayi anda mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan dan sentiasa sihat. Susu ibu merupakan makanan unggul untuk bayi. Namun, jika anda tidak dapat melakukannya atas sebarang alas an sekalipun, anda boleh memberinya susu melalui susu botol. Jangan berasa bersalah sekiranya anda telah membuat keputusan untuk memberinya susu botol, kerana apa jua pilihan anda samada menyusu badan atau menyusu botol adalah hak peribadi anda sendiri. Asalkan anda selesa dan yakin tentang pilihan anda, pengalaman memberi bayi anda makan adalah satu perkara yang amat inda dan membahagiakan.
Pilihan peribadi anda…..

Penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu adalah suatu anugerah alam semulajadi dan memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah sumber makanan yang terbaik bagi bayi. Malah, ia bukan sahaja mengandungi khasiat pemakanan yang sempurna untuk bayi, bahkan ia juga dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dan mengukuhkan jalinan kasih sayang antra ibu dan anak. Ini semua adalah amat penting untuk perkembangan psikologi bayi yang sihat. Kandungan susu ibu pula berubah setiap hari mengikut keperluan bayi, sejajar dengan perkembangan dan tumbesarannya.
Susu Ibu
Apabila anda memangku bayi anda dan sebaik sahaja mulutnya melekap di sekeliling kawasan puting payudara (areola), bayi pun akan mula menyusu. Merujuk kepada gambarajah disebelah, anda dapat melihat yang mulut bayi anda seakan-akan memicit di kawasan pengumpulan susu tersebut ketika menghisap susu badan anda. Ini akan membolehkan putting payudara anda menjadi panjang sedikit dan susu akan mengalir keluar.

Bagaimana untuk menyusukan bayi?
Bayi yang menyusu badan harus disusukan apabila sahaja dia menginginkannya. Bayi menyusu lebih kurang 8-10 kali sehari. Lambat laun, bayi dapat menetapkan jadual penyusuannya sendiri di mana bilangan penyusuan setiap hari akan semakin berkurangan kepada 6-8 kali sehari. Walaubagaimanapun, setiap bayi mempunyai keperluan dan selera masing-masing. Maka, anda haruslah memerhatikan sebarang tanda yang menunjukkan bayi anda telah pun kenyang atau masih lapar. Misalnya, bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa, ceria dan tidak meragam selepas setiap penyusuan pada kedua-dua belah payudara selama 5-20 minit, membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai pertambahan berat badan yang baik.
Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu sebagaimana biasanya pada waktu pagi, maka anda haruslah memerah susu tersebut. Ini akan memastikan susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. Jika anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.

Pemberian susu melalui botol: susu formula
Apabila anda telah membuat keputusan untuk memberi bayi anda susu botol, teruskannya dan jangan berasa bersalah. Walaubagaimanapun, adalah disarankan agar anda meminta nasihat doctor terlebih dahulu sebelum memilih susu formula untuk bayi anda.
Pemberian susu melalui botol
Sentiasa pastikan susu dengan cara memegang dengan betul. Jika tidak, bayi akan menyedut udara bersama-sama dengan susu.

Penyediaan susu formula
Setelah anda memilih untuk menggunakan susu formula untuk bayi anda, ada beberapa perkara yang perlu anda patuhi, misalnya kebersihan dan cara penyediaan susu formula tersebut. Kesemua perkakas termasuklah botol, putting susu perlu dibersihkan dan disteril dengan sempurna. Anda harus mematuhi arahan yang ditunjukkan dalam jadual yang terdapat pada tin susu tersebut dalam menyediakan susu formula untuk bayi anda. Sebaik sahaja anda telah membancuhnya, berikan susu tersebut kepada bayi anda dengan segera. Susu yang tidak habis diminum, haruslah dibuang. Susu yang telah dibancuh dan diletakkan dam suhu bilik lebih daripada 1 jam adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merangsang pertumbuhan bacteria.

Bercerai susu
Selain dari susu, bayi juga memerlukan makanan pejal, di mana ini adalah peringkat pemberian makanan seterusnya yang dipanggil “ bercerai susu “. Bercerai susu bermaksud mencampurkan susu dengan sebarang makanan pejal. Namun, susu masih merupakan sebahagian penting dalam diet harian bayi anda. Makanan pejal haruslah diperkenalkan secara perlahan-lahan. Kebanyakan bayi selamat untuk diberi makanan pejal seawall usianya 4 bulan. Namun, tidak ada kebaikan jika anda mula memberi bayi anda makanan pejal pada usia kurang 4 bulan. Bukan sahaja makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan baik, malah akan memberi tekanan kepada ginjal bayi yang masih belum cukup matang. Kajian terbaru mengatakan bayi mungkin kurang mendapat alahan terhadap makanan jika pemberian makanan pejal ditangguhkan sehingga bayi mencecah usia 6 bulan.
Setiap bayi merupakan individu yang berbeza dan istimewa. Usah risau jika bayi anda makan lambat atau lebih cepat daripada yang dijadualkan ATAU dia makan sedikit atau lebih banyak dari bayi lain. Berilah bayi anda makan mengikut ketetapan dan keupayaannya yang tersendiri. Jangan sekali-sekali memaksa bayi anda mengikut kemahuan anda dan memaksanya makan. Makanan baru perlu diperkenalkan secara perlahan-lahan dan tidak harus diberikan sekaligus.
Ini adalah untuk memberi peluang bayi menyesuaikan dirinya dengan makanan baru dan juga memudahkan anda untuk mengesan kembali makanan yang menyebabkan alahan kepadanya. Mulakan dengan memberi 1-2 sudu the makanan disamping terus memberikannya susu seperti mana biasa. Lambat laun, jumlah susu yang diminumnya akan berkurangan apabila anda meningkatkan pemberian makanan pejal kepadanya. Adalah sesuatu yang sukar untuk menentukan banyak mana bayi anda perlu makan kerana setiap bayi mempunyai selera dan keperluan yang brbeza. Anda adalah orang yang terbaik untuk menilai sebanyak mana yang bayi anda mahukan.


Panduan untuk memperkenalkan makanan pejal
Umur Makanan pejal yang ideal Tekstur / Rupa bentuk makanan
Pada peringkat awal-
4 bulan
Buah-buahan dansayur-sayuran dimasak; bijirin nasi tanpa gluten (diperkaya dengan zat besi)
Dikisar dan dipotong halus, ditapis, mkanan lembik dan lembut ( separa cecair)
5-6 bulan
Perkenalkan kanji atau bubur nasi yang lembik dicampur dengan daging atau kacang panjang, tauhu dan kacang pis. Jus buah-buahan yang telah dicairkan. Biskut rusk dan roti lembut ( untuk merangsang dia supaya mengunyah)
Dilenyek, dipotong nipis dan halus.
Apabila gigi telah tumbuh, perkenalkan makanan yang boleh dikunyah.
7-8 bulan
Perkenalkan bubur nasi yang lebih kasar, mee , macaroni atau meehoon yang telah dilenyek, ikan bilis yang ditumbuk lumat. Hati , daging ayam tanpa kulit, ikan bilis yang dimasak, kuning telur ( apabila usianya 8 bulan)
Tekstur makanan yang lebih kasar. Dilenyek dan ditumbuk lumat.
9-12 bulan
Mula memperkenalkan makanan yang boleh dipegang, misalnya potongan kecil buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimasak.
Apabila usianya mencecah 10 bulan, bayi boleh memakan makanan yang sama seperti ahli keluarga lain.
Makanan yang mudah dipegang dengan jarinya, kepingan-kepingan kecil, emping. Makanan tidak perlu lagi dilenyek.

Membuang Air Besar
Najis pertama bayi dipanggil mekonium. Ia berwarna hijau pekat kehitam-hitaman. Apabila bayi anda telah mula menyusu atau makan, najisnya akan bertukar kepada kuning, coklat atau hijau.
Jika bayi anda sihat, ceria dan berat badannya bertambah dengan baik, jangan terlalu resah memikirkan tentang masalah pembuangan air besarnya. Kekerapan bayi membuang air besar adalah amat berbeza antara bayi-bayi yang lain, tetapi kekerapannya akan berkurangan apabila dia semakin membesar.
Najis bayi biasanya cair. Bayi yang menyusu badan akan membuang air besar dengan lebih kerap dan najisnya lebih cair dan berwarna kuning. Kadang-kadang bayi tidak membuang air besar selama 1-3 hari kerana dia telah menyerap kesemua susu ibunya, maka dia tidak perlu membuang air besar dengan kerap. Namun, perkara ini tidak harus disalahertikan dan mengatakan bayi anda mengalami sembelit. Walaubagaimanapun, jika najis bayi anda terlalu cair, berwarna hijau dan berbau busuk, ini mungkin tanda-tanda dia menghidap cirit-birit. Segeralah berjumpa doctor.
Najis bayi yang menghisap susu botol pula adalah lebih keras, berwarna lebih coklat, berbau lebih busuk berbanding bayi yang diberi susu ibu. Untuk melembutkan najis, adalah amat penting bayi diberi minum lebih banyak air di antara masa penyusuan. Jus buah-buahan yang telah dicairkan boleh diberi kepada Bayi yang telah berusia beberapa bulan.
Sembelit atau dengan perkataan lain “ najis yang keras dan bayi jarang membuang air besar” adalah perkara biasa dalam kehidupan awal bayi. Bayi yang jarang membuang air besar bermaksud dia tidak membuang air besar lebih daripada 3-4 hari dan najisnya sangat keras dan menyebabkan dia berasa tidak selesa dan sakit. Biasanya jika bayi kelihatan sangat sukar untuk meneran ketika membuang air besar dan berasa sakit, berjumpalah dengan doctor dan ketahui sama ada ubat julap diperlukan atau tidak. Walaubagaimanapun,dalam kebanyakan kes, masalah ini dapat diatasi dengan memberi lebih banyak air atau cecair kepada bayi anda.

Corak Tidur Bayi
Bayi yang baru lahir menghabiskan kebanyakan masanya dengan tidur. Namun, apabila dia semakin membesar, dia dapat menentukan corak tidurnya secara tetap. Melainkan bayi anda berasa lapar, sejuk atau tidak selesa, dia akan menghabiskan masa di antara waktu penyusuannya dengan tidur. Ini mungkin mengambil masa selama 22 jam dalam satu hari. Namun, setiap bayi mempunyai corak tidu yang berbeza dan sesetengah bayi yang baru lahir akan terjaga pada tempoh yang lebih lama dan tidak akan meragam.
Walaupun bayi anda akan mempunyai corak tidurnya yang tersendiri, adalah penting untuk anda membantu bayi agar dapat membezakan antara siang dan malam; dengan menggunakan lampu malap di dalam bilik ketika bayi sedang tidur.
Cuba tidurkan bayi anda pada masa yang sama pada setiap hari. Ini dapat membantu bayi menyesuaikan dirinya dengan rutin yang tetap dan lambat laun bayi anda akan terjaga dari tidur pada waktu yang sama setiap hari. Adalah disyorkan agar bayi anda tidur mengiring atau melenting untuk mengurangkan risiko bayi lemas. Bayi yang baru lahir tidak seharusnya diberikan bantal.
Asalkan bayi anda hendak menyusu dan membesar dengan normal, ini bermakna dia telah mendapat tidur yang secukupnya.
Menangis… apakah ertinya?
Bentuk komunikasi pada bayi yang baru lahir adalah sangat terhad. Maka, satu-satunya bentuk komunikasi yang paling awal adalah menangis.
Bagaimana bayi menangis adalah berbeza antara satu sama lain, tetapi mengapa mereka menangis adalah sentiasa disebabkan oleh alas an yang serupa, iaitu “ mereka memerlukan sesuatu “. Berikut adalah beberapa sebab mengapa bayi anda menangis :
Ø Lapar
Ø Tidak sihat
Ø Kembung perut
Ø Lampin basah atau kotor
Ø Tidak berasa selesa
Ø Terlalu panas atau sejuk
Ø Rasa sunyi, atau bosan, ingin dibelai dan didakap
Ø Penat , ingin tidur
Ø Terkejut atau takut
Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk belajar memahami corak tangisan bayi, kerana ia merupakan langkah yang amat penting untuk memahami keperluan bayi.


Caring Nurses For You and Your Baby

Kepada Bakal – bakal Bergelar Ibu dan Bapa,
Tahniah! Setelah menunggu sekian lama, akhirnya anda telah pun menimang cahayamata yang pastinya akan menyinari hidup anda sekeluarga. Sudah tentu ini merupakan detik yang paling membahagiakan di dalam kehidupan anda. Sesungguhnya, menjadi seorang ibu atau ayah buat pertama kalinya, anda pasti dahagakan pelbagai maklumat dan petua berguna yang dapat membantu anda mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang. Anda juga mungkin bersa sedikit resah dan gentar memikirkan tentang tanggungjawab anda dalam mendidik dan mengasuh permata hati anda.
Namun begitu, anda harus sentiasa bersedia untuk memikul setiap tanggungjawab dan tugs yang berat tetapi menyeronokkan ini. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya agar anda sentiasa berada di dalam keadaan ceria, bayinya juga turut berasa gembira. Luangkan masa bersamanya sebanyak yang mungkin kerana masa akan berlalu begitu pantas dan anda akan tidak menyedari bahawa anak anda telah pun membesar dalam sekelip mata.
Bagi membantu menjawab beberapa persoalan tentang petua penjagaan anak-anak, Saya dengan sukacitanya ingin menhadiahkan maklumat –maklumat tentang “ Caring Nurses For You and Your Baby”. Semoga dengan petua-petua tentang penjagaan bayi dan nasihat berguna sebagai panduan untuk anda agar anda berasa yakin dalam hal-hal berkenaan penjagaan bayi. Ia ditulis di dalam bentuk yang mudah di baca dan senang dilakukan kerana ia mengandungi gambar-gambar dan petua-petua yang praktikal sebagai panduan mudah untuk anda terutamanya jika anda berasa ragu-ragu ataupun ketika anda berseorangan.
Namun begitu, jika anda masih berasa sangsi dan risau tentang kesihatan bayi anda secara keseluruhannya, adalah dinasihatkan supaya anda berjumpa dengan doctor perubatan atau pakar kanak-kanak anda.
Sekian, Terima kasih.
Salam Bahagia daripada


Panduan Penting Untuk Anda dan Bayi
Untuk Ibu –ibu Mengandung
Apabila anda dianugerahkan tanggungjawab sebagai seorang ibu, anda pasti risau tentang kesihatan dan perkembangan minda si manja dalam kandungan anda. Alangkah baiknya jika anda yakin bahawa terdapat nutrient penting yang boleh menggalakkan perkembangan minda si manja.
Nutrien- nutrient ini – Asid Folik atau Folat, Zat Besi, Asid Lemak Perlu (EFA) dan Asid Sialik (SA).
Amalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin kandungan kesayangan anda menerima nutrient-nutrien ini secara berterusan.
Kepada bapa/suami galakkan isteri anda yang mengandung meminum susu tepung 2 gelas sehari. Contoh ANMUM MATERNAL atau Ig-G Plus atau pastikan kandungan susu seperti yang saya sebut diatas.
Pada peringkat ini, deria bayi anda sudahpun mula berkembang; si manja boleh merasakan apa yang anda mkan, dapat mendengar bunyi seperti degupan jantung dan suara anda, dan bergerak dengan aktif dalam kandungan!
Terdapat banyak cara untuk meransang deria bayi anda. Berikut adalah beberapa petua:
Ø Berbual, menyanyi dan membaca kepada bayi dalam kandungan anda. Suara anda menenangkanya, dan akan dikenalinya pada saat kelahiran. Malah, si ayah juga boleh turut serta berbuat demikian.
Ø Mainkan muzik yang menenangkan bayi anda. Muzik klasikal adalah yang terbaik, dan mendengar bacaan surah Al-Quran. Ini dapat mengasah minat dalam diri bayi anda.
Ø Belai dan sentuh anak anda dengan sentuhan pada perut anda pada waktu-waktu yang sesuai seperti selepas makan dan ketika tidur atau apabila bayi dalam kandungan anda telah punbergerak dengan aktif. Aksi ini akan mencetuskan hubungan yang bermakna antara anda dengan bayi anda, dan akan terus berkembang selepas kelahirannya serta apabila membesar nanti.
Untuk Yang Baru Bergelar Ibu
Sambil meraikan saat-saat gembira ini, teruslah bekalkan khasiat untuk perkembangan minda si manja dengan nutrien penting. Susu ibu adalah sumber khasiat yang paling baik untuk si manja – kolostrum atau ‘susu awal’ merupakan makanan awal yang sempurna kerana ia padat dengan nutrient termasuk antibody yang dapat mencegah penyakit dan melindungi kesihatan bayi anda. Kolostrum mengandungi kesan ‘ lawas’ dan membantu menyingkirkan bilirubin* berlebihan untuk mengelakkan penyakit kuning.
Kolostum juga merupakan ‘vaksin’ semulajadi dan selamat yang melindungi bayi anda daripada serangan kuman di bahagian sensitive, iaitu lapisan membrane dalam kerongkong, paru-paru dan usus. Selagi bayi anda diberi susu ibu, dia akan mendapat imunisasi perlindungan semulajadi daripada pelbagai virus dan bacteria.
Oleh itu, berusahalah untuk menyusukan bayi anda. Pada mulanya, usaha ini mungkin terasa rumit dan berat, tetapi anda akan mendapati bahawa menyusukan anak mendatangkan kebaikan dari segi zat pemakanan dan juga perkembangan fisiologi. Ikatan antara ibu dan anak yang bermula dalam kandungan akan diperkukuhkan.
Menggalakkan ibu-ibu meminum susu sekurang-kurangnye 2 gelas sehari, ia bukan sahaja minuman yang lazat dan menyihatkan anda tetapi juga memberi manfaat kepada si manja.
Berikut adalah panduan menyusukan bayi:
Ø Pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Gunakan bantal untuk meninggikan dan menyokong kedudukan lengan anda, dan gunakan bantal lain untuk mendekatkan bayi ke payudara anda.
Ø Dakapkan bayi anda supaya dia rapat dengan tubuh anda supaya hidung dan mulutnya menghadap puting payudara anda.
Ø Galakkan bayi anda supaya membuka mulutnya dengan luas da sokonglah bahagian belakangnya ( bukan bahagian belakang kepalanya) agar dagunya menekan payudara anda. Dalam kedudukkan itu, hidungnya akan menyentuh payudara anda dan tangan anda bertindak sebagi ‘ leher kedua’ bagi bayi anda.
Ø Belay bayi anda dan bercakap-cakap dengannya secara lembut semasa dia menyusu.
Ø Nikmatilah saat-saat istimewa ini! Anda mungkin memerlukan beberapa cubaan sebelum mencapai kedudukan yang terbaik bagi anda dan bayi anda. Jika anda berasa kurang selesa, pisahkan bayi anda daripada payudara anda dan cuba sekali lagi.
*Bilirubin ialah pigmen utama hempedu yang terbentuk daripada penguraian haemoglobin, sejenis pigmen dalam sel darah merah. Aras bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pigmentasi kekuningan yang berkaitan dengan jaundis.
Untuk Si Manja
Jika anda tertanya-tanya mengapakah si manja seolah-olah mengalami masalah penglihatan, ini adalah kerana deria penglihatannya adalah deria terakhir yang berkembang ketika baru lahir. Oleh sebab itu, teruskanlah menyusukan bayi anda dengan susu ibu, dan buat si ibu minumlah susu selalu…
*EFA merupakan asas pembinaan DHA dan AA. Ia adalah kompenen utama otak dan mata. Breastfeeding mengandungi nutrien penting ini.
Apabila bayi anda bertambah aktif, dia memerlukan makanan yang lain selain daripada susu; bayi anda juga akan bersedia untuk mencuba rasa tekstur makanan yang baru. Perkenalkanlah makanan pejal kepada si manja secara beransur-ansur, bermula dengan makanan mudah seperti kacang dhal yang telah direbus dan dijadikan pati, lobak merah atau bayam atau kentang yang dilecek bersama sedikit susu. Garam atau perasa tidak diperlukan.
Ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk anda dan si manja saling berkenalan. Rangsangkanlah deria dan mindanya!
Cubalah idea-idea menarik berikut:
Ø Luangkan masa untuk bertentang mata dengan si manja. Bayi yang baru lahir amat suka melihat wajah anda, terutama mata anda. Pelbagaikan mimik muka anda seperti membesarkan mata, menggerakkan mulut, dan mengangguk atau menggelengkan kepala anda.
Ø Tarik perhatiannya dengan warna-warna yang berkontras tinggi seperti merah dan putih serta warna cerah untuk merangsangkan perhubungan sel-sel otak si manja. Alihkan warna-warna ini supaya dia mengikuti pergerakan itu dengan matanya.
Ø Pelbagaikan makanannya supaya bayi anda menikmati dan mengenal rasa yang baru, serta menentukan kegemarannya. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti telur dan makanan laut sehingga bayi anda mencapai umur 12 bulan.
Untuk Kanak-Kanak Kecil
Ini merupakan peringkat tumbesaran yang mencabar. Kanak-kanak kecil begitu comel tetapi meletihkan. Peringkat ini juga mencabar untuk anak anda. Banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan, dan pembelajaran berlaku dengan begitu pesat. Setiap hari, dia belajar perkara baru: berjalan tanpa dipimpin, minum dari cawan sendiri tanpa menumpahkan air, membina menara mainan dengan kiub mainan dan menyelesaikan teka-teki susun suai gambar.
Perkayakanlah perkembangan fizikal dan mentalnya. Si manja terus memerlukan DHA, Zat Besi, Fosfolipid, Asid Lemak Perlu( EFA) dan Asid Sialik (SA). Nutrien-nutrien diperkayakan untuk minda si manja agar berkembang secara sempurna.
“Apa itu ?”, “Mengapa?”, “Mengapa begitu?”, “Lepas itu…?” merupakan soalan-soalan yang kerap ditanya si manja dan inilah caranya menimba ilmu. Bersedialah menyahut cabaran ini. Rangsangkan mindanya secara langsung dan berterusan. Gunakanlah pelbagai permainan dan alat mengajar, di samping percakapan, drama dan hiburan.
Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu kemajuan anak anda sambil dia berinteraksi dengan dunia di sekelilingnya:
A) Pengukuhan Tatabahasa.
Gunakan perkataan-perkataan deskriptif apabila anda berbual dengan anak anda tentang segala yang anda melakukan, merasa, melihat, mendengar atau menyentuh.
B) Memperkuat Daya Ingatan.
Ulangi percakapan atau aksi dalam permainan dan interaksi supaya perjalanan maklumat dalam otak diperkukuhkan.
C) Menanam minat si manja terhadap Matematik.
Galakkan si manja membilang objek yang terdapat dalam rumah semasa anda menjalankan kerja rumah.
* saya sarankan supaya mengasah peranan anda ketika anda mengandung lagi. Buat aktiviti yang menguji minda anda seperti membaca pelbagai bahasa , memahami dan membuat latihan matematik dari peringkat 1 hingga SPM. Memang geliga otak anak anda macam tahap professor….InsyaAllah!
Read more...

fb# Follower


Nurses Day