Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Friday, July 2

BERSENAM SECARA BETUL DAN SELAMAT

Pandauan Senaman Penting


Untuk Pesakit DIABETES

  • Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia ( paras glukos rendah ).
  • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
  • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang. * Perlu seimbangkan waktu lepas 20 minit makan.
Untuk Pesakit Hipertensi? Tekanan Darah Tinggi
  • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
Untuk anda yang GEMUK
  • Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.







KEMAMPUAN BERSENAM

  1. Ujian Percakapan : Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam. Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
  2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda:-
  • 220 - umur x 60% Denyutan Jantung ; contoh Jika umur anda 70tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
  • Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
  • Dapatkan nasihat doktor jika: Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasran denyutan jantung anda.
  • Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
  • untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat jantung nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
  • Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama 10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.

Garis Panduan di sajikan supaya anda bersenam secara menyeronokkan.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
  • Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
  • Mulakan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit. Aktiviti senaman perlu ditambah 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.
  • Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
  • Menyejukkan badan dengan membuat aktivit ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
  • Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
  • Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami ketidakselesaan, sakit dan pening.
  • Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
  • Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman: setiap pagi ( sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia) ; Petang ( selepas pukul 6 petang ).
  • Persekitaran tempat senaman : permukaan yang rata. Suhu dan kelembapan udara terkawal. Kawasan redup/ teduh. Tempat yang cukup terang.
  • Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya , sebelum , semasa dan selepas bersenam untuk menggantikan kehilangan peluh.




Read more...

fb# Follower


Nurses Day