Apabila anda dianugerahkan tanggungjawab sebagai seorang ibu, anda pasti risau tentang kesihatan dan perkembangan minda si manja dalam kandungan anda. Alangkah baiknya jika anda yakin bahawa terdapat nutrient penting yang boleh menggalakkan perkembangan minda si manja.
Nutrien- nutrient ini – Asid Folik atau Folat, Zat Besi, Asid Lemak Perlu (EFA) dan Asid Sialik (SA).
Amalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin kandungan kesayangan anda menerima nutrient-nutrien ini secara berterusan.
Kepada bapa/suami galakkan isteri anda yang mengandung meminum susu tepung 2 gelas sehari. Contoh ANMUM MATERNAL atau Ig-G Plus atau pastikan kandungan sususeperti yang saya sebut diatas.
Pada peringkat ini, deria bayi anda sudahpun mula berkembang; si manja boleh merasakan apa yang anda mkan, dapat mendengar bunyi seperti degupan jantung dan suara anda, dan bergerak dengan aktif dalam kandungan!
Terdapat banyak cara untuk meransang deria bayi anda. Berikut adalah beberapa petua:
ØBerbual, menyanyi dan membaca kepada bayi dalam kandungan anda. Suara anda menenangkanya, dan akan dikenalinya pada saat kelahiran. Malah, si ayah juga boleh turut serta berbuat demikian.
ØMainkan muzik yang menenangkan bayi anda. Muzik klasikal adalah yang terbaik, dan mendengar bacaan surah Al-Quran. Ini dapat mengasah minat dalam diri bayi anda.
ØBelai dan sentuh anak anda dengan sentuhan pada perut anda pada waktu-waktu yang sesuai seperti selepas makan dan ketika tidur atau apabila bayi dalam kandungan anda telah punbergerak dengan aktif. Aksi ini akan mencetuskan hubungan yang bermakna antara anda dengan bayi anda, dan akan terus berkembang selepas kelahirannya serta apabila membesar nanti.
Untuk Yang Baru Bergelar Ibu
Sambil meraikan saat-saat gembira ini, teruslah bekalkan khasiat untuk perkembangan minda si manja dengan nutrien penting. Susu ibu adalah sumber khasiat yang paling baik untuk si manja – kolostrum atau ‘susu awal’ merupakan makanan awal yang sempurna kerana ia padat dengan nutrient termasuk antibody yang dapat mencegah penyakit dan melindungi kesihatan bayi anda. Kolostrum mengandungi kesan ‘ lawas’ dan membantu menyingkirkan bilirubin* berlebihan untuk mengelakkan penyakit kuning.
Kolostum juga merupakan ‘vaksin’ semulajadi dan selamat yang melindungi bayi anda daripada serangan kuman di bahagian sensitive, iaitu lapisan membrane dalam kerongkong, paru-paru dan usus. Selagi bayi anda diberi susu ibu, dia akan mendapat imunisasi perlindungan semulajadi daripada pelbagai virus dan bacteria.
Oleh itu, berusahalah untuk menyusukan bayi anda. Pada mulanya, usaha ini mungkin terasa rumit dan berat, tetapi anda akan mendapati bahawa menyusukan anak mendatangkan kebaikan dari segi zat pemakanan dan juga perkembangan fisiologi. Ikatan antara ibu dan anak yang bermula dalam kandungan akan diperkukuhkan.
Menggalakkan ibu-ibu meminum susu sekurang-kurangnye 2 gelas sehari, ia bukan sahaja minuman yang lazat dan menyihatkan anda tetapi juga memberi manfaat kepada si manja.
Berikut adalah panduan menyusukan bayi:
ØPastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Gunakan bantal untuk meninggikan dan menyokong kedudukan lengan anda, dan gunakan bantal lain untuk mendekatkan bayi ke payudara anda.
ØDakapkan bayi anda supaya dia rapat dengan tubuh anda supaya hidung dan mulutnya menghadap puting payudara anda.
ØGalakkan bayi anda supaya membuka mulutnya dengan luas da sokonglah bahagian belakangnya ( bukan bahagian belakang kepalanya) agar dagunya menekan payudara anda. Dalam kedudukkan itu, hidungnya akan menyentuh payudara anda dan tangan anda bertindak sebagi ‘ leher kedua’ bagi bayi anda.
ØBelay bayi anda dan bercakap-cakap dengannya secara lembut semasa dia menyusu.
ØNikmatilah saat-saat istimewa ini! Anda mungkin memerlukan beberapa cubaan sebelum mencapai kedudukan yang terbaik bagi anda dan bayi anda. Jika anda berasa kurang selesa, pisahkan bayi anda daripada payudara anda dan cuba sekali lagi.
*Bilirubin ialah pigmen utama hempedu yang terbentuk daripada penguraian haemoglobin, sejenis pigmen dalam sel darah merah. Aras bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pigmentasi kekuningan yang berkaitan dengan jaundis.
Untuk Si Manja
Jika anda tertanya-tanya mengapakah si manja seolah-olah mengalami masalah penglihatan, ini adalah kerana deria penglihatannya adalah deria terakhir yang berkembang ketika baru lahir. Oleh sebab itu, teruskanlah menyusukan bayi anda dengan susu ibu, dan buat si ibu minumlah susu selalu…
*EFA merupakan asas pembinaan DHA dan AA. Ia adalah kompenen utama otak dan mata. Breastfeeding mengandungi nutrien penting ini.
Apabila bayi anda bertambah aktif, dia memerlukan makanan yang lain selain daripada susu; bayi anda juga akan bersedia untuk mencuba rasa tekstur makanan yang baru. Perkenalkanlah makanan pejal kepada si manja secara beransur-ansur, bermula dengan makanan mudah seperti kacang dhal yang telah direbus dan dijadikan pati, lobak merah atau bayam atau kentang yang dilecek bersama sedikit susu. Garam atau perasa tidak diperlukan.
Ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk anda dan si manja saling berkenalan. Rangsangkanlah deria dan mindanya!
Cubalah idea-idea menarik berikut:
ØLuangkan masa untuk bertentang mata dengan si manja. Bayi yang baru lahir amat suka melihat wajah anda, terutama mata anda. Pelbagaikan mimik muka anda seperti membesarkan mata, menggerakkan mulut, dan mengangguk atau menggelengkan kepala anda.
ØTarik perhatiannya dengan warna-warna yang berkontras tinggi seperti merah dan putih serta warna cerah untuk merangsangkan perhubungan sel-sel otak si manja. Alihkan warna-warna ini supaya dia mengikuti pergerakan itu dengan matanya.
ØPelbagaikan makanannya supaya bayi anda menikmati dan mengenal rasa yang baru, serta menentukan kegemarannya. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti telur dan makanan laut sehingga bayi anda mencapai umur 12 bulan.
Untuk Kanak-Kanak Kecil
Ini merupakan peringkat tumbesaran yang mencabar. Kanak-kanak kecil begitu comel tetapi meletihkan. Peringkat ini juga mencabar untuk anak anda. Banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan, dan pembelajaran berlaku dengan begitu pesat. Setiap hari, dia belajar perkara baru: berjalan tanpa dipimpin, minum dari cawan sendiri tanpa menumpahkan air, membina menara mainan dengan kiub mainan dan menyelesaikan teka-teki susun suai gambar.
Perkayakanlah perkembangan fizikal dan mentalnya. Si manja terus memerlukan DHA, Zat Besi, Fosfolipid, Asid Lemak Perlu( EFA) dan Asid Sialik (SA). Nutrien-nutrien diperkayakan untuk minda si manja agar berkembang secara sempurna.
“Apa itu ?”, “Mengapa?”, “Mengapa begitu?”, “Lepas itu…?” merupakan soalan-soalan yang kerap ditanya si manja dan inilah caranya menimba ilmu. Bersedialah menyahut cabaran ini. Rangsangkan mindanya secara langsung dan berterusan. Gunakanlah pelbagai permainan dan alat mengajar, di samping percakapan, drama dan hiburan.
Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu kemajuan anak anda sambil dia berinteraksi dengan dunia di sekelilingnya:
A) Pengukuhan Tatabahasa.
Gunakan perkataan-perkataan deskriptif apabila anda berbual dengan anak anda tentang segala yang anda melakukan, merasa, melihat, mendengar atau menyentuh.
B) Memperkuat Daya Ingatan.
Ulangi percakapan atau aksi dalam permainan dan interaksi supaya perjalanan maklumat dalam otak diperkukuhkan.
C) Menanam minat si manja terhadap Matematik.
Galakkan si manja membilang objek yang terdapat dalam rumah semasa anda menjalankan kerja rumah.
* saya sarankan supaya mengasah peranan anda ketika anda mengandung lagi. Buat aktiviti yang menguji minda anda seperti membaca pelbagai bahasa , memahami dan membuat latihan matematik dari peringkat 1 hinggaSPM. Memang geliga otak anak anda macam tahap professor….InsyaAllah!
We met online, had a good time, chatted again and become good friends. Time went on and we're still here and I truly believe you're someone dear ! Here's something I'd like to share with you, for all of your love, careers and kindness too. It's a symbol of the friendship we share together, a friendship I hope will last forever. And although we live so far apart...Always remember you hold a piece of my heart!
“Terlihat wajah yang aku pandang masih kaku, terkujur di atas katil, bercadar putih bersih di unit rawatan intensif . Tiub endotrakeal yang menjadi jalan udara ke paru – parunya terjulur keluar di sambung terus ke alat penyambung hayat. Ventilator itu terus – terusan mengepam peratusan Oksigen yang di pamkan ke paru – parunya. Dadanya turun naik dengan begitu selesa. Aku merasakan di dada sendiri menjadi sesak. Fikiran bercampur baur sampai bila dia bergantung pada mesin pam oksigen itu…aduh aku mengeluh dan sedikit rasa terkilan serta kasihan melihat penderitaannya. Oh Tuhan, selamatkanlah dia. Itu saja yang dapat ku rungkaikan…”
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
Kuih Tradisional Daripada Pumpkin
-
Assalamualaikum wbt
salam ramadhan yang ke-15. semoga bulan yang penuh suci ni mendapat penuh
barokah dari-Nya
rasanya dah lama tak update. dan ini entr...
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
-
Reading Time: < 1 minute Kalau lihat pada prestasi FBMKLCI, indeks utama
pasaran saham negara kita jatuh sebanyak 2% pada tahun 2023 dengan paras
tertinggi...
Boy's Banter!
-
** Due to Scam, My Little Sprouts is currently closed for public!*
Last month when I tried to help my boy(3 years 4 months old) to shower his
head. He aske...
Merepek Part Deux
-
AMARAN
First, aku mahu tekan kan, yang aku ini cuma insan biasa yang mempunyai
pendapat.
Pendapat kita mungkin bercanggah, and aku minta maaf.
Aku bukan ora...
Al-Baghdadi
-
Hi, currently blogging from my parents' home sweet home.
Boys are sleeping.
I hope i'm able to finish writing this post before they wake up.
Actually plan to...
Happy Eidul Adha Al Mubaraq
-
On this day of Hajj which is the day of Eid-ul-Adha or the day of
sacrifice, millions of Muslims around the globe, whether in Hajj or not,
will be commem...