Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, June 22

ALAHAN MAKANAN

ELAKKAN ALAHAN MAKANAN

Gejala alahan makanan termasuklah rasa seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam hives, kesukaran bernafas, pening serta bengkak pada bibir, muka , lidah dan tekak. Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.

Langkah-langkah jika mengalami alahan:-

  • Ketahui apa yang anda makan dan minum. Pastikan baca label makanan dengan teliti.
  • Pastikan ahli keluarga terdekat atau rakan sekerja anda tahu mengenai alahan yang anda alami.
  • Bincang dengan doktor sekiranya mahu membawa epinephrine kecemasan.
  • Jika anda menghidapi asma, pastikan jika makan di luar pastikan makanan berkenaan tidak mengandungi sulfites.
  • Baca label pada bungkusan makanan mengandungi sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium sulfite, sulfur dioxide dan potassium metabisulfite.



Alahan makanan adalah reaksi yang tercetus melalui sistem imun. Hampir enam peratus kanak-kanak dan dua peratus dewasa mengalami masalah alahan terhadap makanan dan angka lebih besar dicatatkan untuk golongan yang tidak tahan dengan makanan.

Tidak tahan laktosa adalah satu contoh tidak tahan makanan. Mereka yang mengalami masalah ini akan menyebabkan kekurangan enzime laktase yang diperlukan untuk mencerna gula, susu atau laktosa dalam susu dan produk tenusu lain. Akibatnya , mereka boleh diserang sakit perut, kembung perut, angin atau cirit-birit.

Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau kompenen makanan yang bertindak sebagai bahan bahaya. Sistem imun manusia mencetuskan sel tertentu bagi menghasilkan antibodi immunoglobulin E (IgE) bagi menentang makanan yang membawa masalah. Antibodi berkenaan akan mengesan makanan yang bermasalah dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan beberapa kimia ke saluran darah.
Kebanyakan alahan makanan dicetuskan protein tertentu seperti yang terdapat dalam telur, kekacang, ikan dan makanan laut bercengkerang.


1 comment:

Post a Comment

Rise and shine you .Wishing you a good magical day.Thanks for comments and visit again.

fb# Follower


Nurses Day