Pandauan Senaman Penting
Untuk Pesakit DIABETES
- Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia ( paras glukos rendah ).
- Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
- Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang. * Perlu seimbangkan waktu lepas 20 minit makan.
Untuk Pesakit Hipertensi? Tekanan Darah Tinggi
- Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
Untuk anda yang GEMUK
- Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.
KEMAMPUAN BERSENAM
- Ujian Percakapan : Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam. Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
- Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda:-
- 220 - umur x 60% Denyutan Jantung ; contoh Jika umur anda 70tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
- Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
- Dapatkan nasihat doktor jika: Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasran denyutan jantung anda.
- Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
- untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat jantung nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
- Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama 10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.
Garis Panduan di sajikan supaya anda bersenam secara menyeronokkan.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
- Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
- Mulakan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit. Aktiviti senaman perlu ditambah 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.
- Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
- Menyejukkan badan dengan membuat aktivit ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
- Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
- Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami ketidakselesaan, sakit dan pening.
- Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
- Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman: setiap pagi ( sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia) ; Petang ( selepas pukul 6 petang ).
- Persekitaran tempat senaman : permukaan yang rata. Suhu dan kelembapan udara terkawal. Kawasan redup/ teduh. Tempat yang cukup terang.
- Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya , sebelum , semasa dan selepas bersenam untuk menggantikan kehilangan peluh.
No comments:
Post a Comment
Rise and shine you .Wishing you a good magical day.Thanks for comments and visit again.