Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Thursday, May 20

TANGANI STRESS

SiHAt SepAnJaNg HayAT




Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress.
Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stress di rumah, sekolah atau tempat kerja. Kita perlu sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stress boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stress yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

KENAPA ANDA STRESS?
  • Diri sendiri ( contoh : Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu )
  • Keluarga anda ( contoh : Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan )
  • Pekerjaan anda ( contoh : Anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja )
  • Komuniti anda ( contoh : Jiran dan komuniti tidak ramah )


Bila anda Stress...
  • Jantung anda berdegup kencang dan sukar bernafas
  • Anda cepat marah
  • Anda rasa tidak gembira
  • Anda kehilangan selera makan
  • Anda hilang minat bekerja
  • Anda tidak lagi menikmati hobi
  • Anda tidak cukup tidur
  • Anda menengking-nengking
  • Anda ingin membaling sesuatu
  • Anda cuba menjauhkan diri
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah ??:
  • Menyedari yang anda sedang marah... Katakan : " Saya sedang marah ".
  • Bertenang... kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membinasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
Kuasai Kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara IDEAL

  • I - Kenal pasti masalah ( Identify the problem )

  • D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil ( Describe possible options )

  • E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya ( Evaluate consequences of each option - the pro's and con's )

  • A - Bertindak - pilih satu cara untuk bertindak ( Act )

  • L - Berlajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak ( Learn )

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  • Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah
  • Jangan risau tentang kekurangan yang ada
  • Bertenang
  • Lakukan senaman selalu
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga , kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat asertif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri
  • Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan.




No comments:

Post a Comment

Rise and shine you .Wishing you a good magical day.Thanks for comments and visit again.

fb# Follower


Nurses Day