Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, March 30

Perkembangan mental & social


Seoarang bayi merupakan pelajar yang paling bijak dan mudah menerima sesuat yang diajar kepadanya. Anak anda tidak seharusnya dianggap terlalu mentah untuk memahami atau belajar tentang sesuatu. Malah, dia perlu diajar mengikut peringkat usia yang bersesuaian dengan dirinya. Namun, setiap kanak-kanak itu mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Anda tidak seharusnya terlalu tegas atau garang dalam mendidik anak-anak dan terlalu berharap agar dia dapat belajar atau memahami sesuatu dengan cepat atau di luar kemampuannya. Ini akan menyebabkan anda berasa kecewa, hilang keyakinan dan mungkin berputus asa.

Kemahiran belajar

Pada awalnya, orang yang paling penting dalam kehidupannya adalah orang yang sentiasa berada disisinya atau menjaganya sepanjang masa, di mana selalunya orang tersebut adalah ibunya sendiri. Maka, anda adalah guru yang paling penting dalam kehidupan anak anda. Sesungguhnya, anda perlu memberitahunya mengenai cerita/sesuatu yang menarik yang terjadi dalam kehidupan sehariannya. Ceritakan tentang pengalaman baru yang dialaminya, terangkan segala yang anda lihat atau Nampak dan sentiasa melakukan aktiviti bersamanya. Sentiasa berikan banyak galakan dan pujian walaupun pencapaiannya tidak seperti yang anda harapkan. Namun, anda harus terus memberikan dorongan walaupun bayi anda gagal melakukannya.

Kemahiran bertutur

Pakar-pakar kesihatan percaya bahawa beberapa hari setelah bayi dilahirkan, dia sudah mula dapat bertindakbalas terhadap bunyi orang yang sedang bercakap berbanding dengan bunyi-bunyi lain di sekelilingnya. Malah, bayi yang masih kecil dapat membezakan antara bunyi dan bahasa orang yang sedang bercakap, di mana ini merupakan sebahagian daripada asas untuk mempelajari sesuatu bahasa.

Bayi anda lebih mudah mempelajari sesuatu bahasa berbanding dengan orang lain. Beberapa cara untuk membantu bayi belajar adalah melabelkan sesuatu objek. Ketika anda sedang berbual-bual dengannya, sebut nama objek tersebut dan ulanginya dengan lebih kerap. Namun, janganlah anda terlalu mengharap agar bayi anda dapat menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan tepat. Berusahalah untuk memahami perkataan yang disebutnya untuk membantu kemahirannya bertutur. Bayi anda pasti akan berasa seronok dapat berkomunikasi dengan anda, jadi sentiasalah memberi sokongan dan galakkan kepadanya untuk terus mencuba.

Kemahiran social

Daripada seorang bayi yang pasif semasa lahir, lambat laun bayi anda akan mula mengajuk tingkah laku orang di sekelilingnya. Pada awalnya, bayi akan mengajuk mimic muka dan tindak-tanduk atau pergerakan badan anda, seterusnya dia akan mengajuk cara nada bercakap dan akhirnya perbuatan anda. Bayi yang mempunyai hbungan yang rapat, manja dan mesra apabila berada di sisi ibunya akan lebih bermotivasi untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan orang lain. Adalah penting untuk bayi menyertai aktiviti bersama dengan ahli keluarganya. Ini akan membri bayi peluang untuk belajar mengenai kehidupan dan orang di sekeliling secara amnya terutamanya adab dan adapt masyarakatnya.

Perkembangan mental & social

Kemahiran belajar

(Apa yang bayi anda fahami?)

Kemahiran bertutur

( Bagaimana bayi belajar bertutur ?)

Kemahiran social

( Tingkah laku / Cara pergaulan bayi )

0 hingga 3 Bulan

Dapat mengenali wajah anda jika anda merapatkan muka anda kea rah bayi kurang daripada 12 inci (30 sm0

Apabila dia berusia sebulan, dia dapat mnegajuk mimic muka anda.

Bayi anda akan menangis sebaik sahaja dia dilahirkan. Pada peringkat permulaan, bayi anda hanya tahu menangis sahaja, lambat laun dia akan pandai mengagah sebagai tanda dia berasa seronok dan gembira.

( Beberapa minggu pertama) Tidak berupaya untuk bertindabalas pada dunia luar.

Matanya akan mengekori objek yang bergerak apabila berusia 2 bulan

Mula membalas senyuman anda dan pandai mengagah. Walaupun dia masih tidak tahu untuk bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi dengan anda.

Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menangis.

(3 bulan) Akan membalas percakapan anda dengan senyumannya dan mengagah dengan kuat.

Menunjukkan minat ingin tahu dengan keadaan di sekelilingnya.

Dapat membezakan bunyi percakapan dan bunyi-bunyi yang lain.

Menoleh ke arah bunyi.

4 hingga 6 Bulan

Akan ketawa kecil apabila anda bermain dengannya.

Akan menoleh kea rah sebarang bunyi dan suka jika diletakkan dalam keadaan duduk.

Suka membuat bunyi-bunyi bising dan menyebut beberapa perkataan seperti bunyi Bah, Maa, Paa, Moo,Dah.

Suka diberi perhatian.

Muka menyedari keadaan yang asing bagi dirinya, dapat meluahkan perasaan takut, tidak suka dan marah.

Mula pandai untuk memilih makanan.

Amat berminat untuk melihat dirinya di cermin.

Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya sebelum dia melakukan semula.

Pandai membuat mimic muka.

7 hingga 9 Bulan

Mula pandai untuk memilih makanan.

Amat berminat untuk melihat dirinya di cermin.

Bertindakbalas dengan lebih baik kea rah bunyi, sama ada suara manusia atau nada muzik.

Dapat menyebut 2 patah perkataan hujung kepada perkataan penuh contohnya Maama, Aabaah.

Lebih aktif dan lebih bijak berinteraktif.

Suka bermainan “ cak – cak”

Mengenali namanya sendiri apabila dipanggil.

Pandai membuat pelbagai jenis bunyi untuk menarik perhatian.

Bermain dengan bibirnya dengan menyebut perkataan yang mudah dengan berulang kali seperti

Abababa.

Belajar untuk menarik perhatian orang ramai. Berminat dalam perbualan orang dewasa.

Mula memperlihatkan “ kuasanya’ , misalnya akan menghalang anda dari melakukan sesuatu, cuba mengelak daripada anda membasuh mukanya. Memberi sepenuh perhatian terhadap barang permainannya dan membelek-beleknya seolah-olah ingin memeriksanya dengan teliti. Mencari objek yang tersembunyi.

Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan mnyebutnya seperti sepotong ayat. Anda akan tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.

Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain.

Memahami beberapa perkataan mudah contohnya jangan, “ bye – bye”.

10 bulan hingga 12 bulan

Memahami perkataan pendek dan ayat –ayat mudah

Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan menyebutnya seperti sepotong ayat. Anda akan tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.

Bargaul denga mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami beberapa perkataan mdah contohnya jangan, “ bye – bye”

Bayi anda akan suka membuat bunyi bising, ingin menggoyang, mengetuk, memukul apa sahaja yang boleh mengeluarkan bunyi.

Suka melemparkan atau menjatuhkan barang dengan sengaja dan menyurh anda mengutipnya semula.

Anak anda membuat apa sahaja supaya anda ketawa dan mengulanginya beberapa kali.

Mungkin mengetahui beberapa patah perkataan yang mudah.

Menyebut dan menggunakan perkataan pertamanya. Perkataan pilihannya adalah nama benda yang penting baginya, contohnya oraang ( nama, abah), objek ( bola,jam)

Memahami dan patuh kepada arahan mudah seperti “ jangan “

Memahami keadaan yang berbeza; berupaya meluahkan perasaannya dengan lebih baik.

Mungkin pada peringkat ini, tidak boleh berenggang dengan anda.

Saya ucapakan terima kasih kerana anda meluangkan masa dengan membaca ruangan ini. Saya berharap segala maklumat yang saya kongsikan dapat memberi panduan kepada anda disamping dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan…InsyaAllah!

Semoga Berjaya!




Read more...

Sunday, March 28

Apakah Perkembangan Awal Bayi?


BAB 3


PERKEMBANGAN AWAL BAYI


Perkembangan Fizikal


Sebagai seorang ibu atau bapa, melihat anak anda membesar dan berkembang dengan sihat adalah suatu pengalaman yang paling menggembirakan. Dalam tempoh 12 bulan pertamanya, anda pasti akan berasa kagum melihat bagaimana dia membesar dengan cepat. Bahkan, tempoh ini juga, beberapa peristiwa penting akan berlaku di mana dia akan menguasai beberapa kemahiran dari segi fizikal, mental dan social.

Beberapa kemahiran ini biasanya dapat dikuasai oleh kebanyakan bayi yang sedang membesar dan secara tidak langsung anda mungkin dapat meramalkan waktu yang tepat bila ia akan berlaku. Kemahiran yang telah dikuasainya bukan hanya diukur dari segi apa yang dia telah lakukan tetapi bagaimana dia melakukannya. Dalam erti kata lain, bayi akan membesar serentak dengan kemampuannya untuk menguasai kemahiran tersebut. Biarkan bayi anda menguasai beberapa kemahiran mengikut kemampuannya serta berilah dia peluang untuk melakukannya mengikut kadar kebolehannya sendiri.

Sementara itu, anda hanya perlu memberikannya sepenuh kasih sayang, sokongan dan dorongan yang berterusan serta membantunya dalam menguasai kemahiran- kemahiran tersebut pada peringkat yang berbeza terutamanya dalam tempoh satu tahun ini. Anak anda pasti akan berasa seronok berdamping dengan anda ketika menempuh pelbagai dugaan dalam menguasai kemahiran- kemahiran seperti yang telah disenaraikan di bab seterusnya. Adalah diingatkan bahawa setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Maka , saya menyediakan bahagian seterusnya, seharusnya dijadikan sebagai panduan untuk anda semata – semata.


Perkembangan fizikal


1 BULAN


Perkembangan Tubuh Badan

Sejak lahi, bayi akan sentiasa berada di dalam kedudukan mengerekot. Rangka kepalanya sangat lembut ( otot leher masih tidak kuat untuk menyokong kepalanya). Kakinya lebih cenderung dalam posisi membengkok dan hanya berupaya mengangkat sedikit kepalanya untuk menoleh kea rah kiri dan kanan.

Mengawal Pergerakan Tangan (kemahiran)

Masih tidak pandai mengawal pergerakkan tangannya kerana tangannya masih cenderung berada dalam posisi menggenggam.

Mengawal Daya Penglihatan (kemahiran)

Daya penglihatannya masih belum berfungsi dengan sempurna. Belajar untuk memfokus pada jarak 10 inci ( 25 sm ).



2 BULAN



Perkembangan Tubuh Badan

Pandai menggeliat.

Boleh mengagkat kepalanya pada 45◦ selama beberapa minit.

Mengawal Pergerakan Tangan (kemahiran)

Bayi akan membuka dan menggenggam tangannya sesuka hati.

Menghabiskan masa meneliti bagaimana rupa parasnya, menyelami perasaannya sendiri dan menerokai pergerakannya.

Mengawal Daya Penglihatan (kemahiran)

Sangat suka melihat tangan dan jari – jemarinya apabila diletakkan berdekatan kea rah mukanya.



3 BULAN


Perkembangan Tubuh Badan

Badannya tidak lagi mengerekot. Dia boleh mendepangkan lengan dan kakinya. Dapat menendang dengan kuat. Apabila didukung dalam keadaan menegak, dapat mengawal pergerakkan kepalanya.

Mengawal Pergerakan Tangan (kemahiran)

Mungkin tidak berapa pandai menggunakan tangannya untuk mencapai objek yang berdekatan dengannya.

Tidak berupaya untuk menggenggam sesuatu untuk masa yang lama.

Mengawal Daya Penglihatan (kemahiran)

Mula mengetahui hubungan antara melihat dan membuat sesuatu.

Melihat tangannya dengan penuh perhatian dan amat khusyuk.

Mengajuk pergerakkan badan orang lain.

Mula pandai merenung mata orang dewasa dan akan tersenyum buat pertama kalinya.


4 BULAN


Perkembangan Tubuh Badan

Dapat berpusing dari posisi melenting kemudian meniarap, menyokong berat badan dengan lengannya.

Mengawal Pergerakan Tangan (kemahiran)

Akan mula menghisap jari dan bermain – main dengan tanganya seolah – olah dia baru menemui tangannya.

Akan menyentuh apa sahaja yang dia Nampak. Tibalah masanya bagi anda memberikan mainan untuknya.

Mengawal Daya Penglihatan (kemahiran)

Boleh melihat sesuatu objek dan dapat meneka jarak objek tersebut dan cuba mencapainya.

Amat menyukai warna – warna terang.


5 BULAN


Perkembangan Tubuh Badan

Apabila diletakkan dalam keadaan meniarap, dapat mengangkat kepalanya.

Dapat berpusing dari posisi meniarap dan kemudian melentang.

Mengawal Pergerakan Tangan (kemahiran)

Belajar untuk memegang objek, dengan membuka dan kemudian menggenggam jari – jemarinya.

Mengawal Daya Penglihatan (kemahiran)

Daya penglihatannya akan menjadi lebih baik dan boleh memfokus pada sesuatu objek pada apa jua jarak dan mengikuti pergerakan objek tersebut..


6 BULAN


Mungkin dapat duduk tanpa sokongan untuk beberapa saat.

Dapat mengangkat kepalanya ketika berbaring.

Perhatian : Giginya yang pertama mungkin akan tumbuh pada usia 6 bulan, namun setiap bayi adalah berbeza.

Boleh memegang sesuatu objek dengan jari tangannya dan mungkin boleh menggerakkan pergelangan tangannya.

Memasukkan semua benda dalam mulut.

Dapat memfokus dan menilai jarak sesuatu objek.

Dapat membezakan antara objek yang kecil/besar.


7 BULAN


Keupayaannya untuk duduk menjadi lebih baik, mungkin akan cuba mengimbangi badannya.

Dapat memegang sesuatu objek dengan kedua-dua belah tangannya.

Mula mencuba untuk menggunakan tangannya untuk makan.

Dapat memfokus dan menilai jarak sesuatu objek.

Dapat membezakan antara objek yang kecil/besar.


8 BULAN


Dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong jika dia tidak bergerak.

Mungkin badannya akan bergoyang ke hadapan atau kebelakang.

Tindakbalas refleks penggenggamannya menjadi lebih baik.

Dapat mengutip objek kecil dengan ibu jari dan telunjuk.

Boleh melambaikan tangannya.

Mengenali wajah- wajah yang biasa dilihatnya.


9 BULAN


Berusaha untuk merangkak dan mneyokong berat badannya dengan menggunakan tangan dan lutut. Boleh menukar kedudukannya daripada berbaring kepada duduk.

Dapat mengawal pergerakan setiap jari-jemarinya.

Mula menggunakan jari telunjuk untuk mencucuk atau menunjukkan sesuatu.

Lebih bijak memfokus – pandai mencari objek yang telah terjatuh dan tersembunyi atau disembunyikan.


10 BULAN


Merangkak dengan tangan dan kaki yang lebih tegak. Mungkin akan mengundur buat seketika.

Menarik sesuatu benda sebagai sokongan untuk berdiri. Sesetengah bayi akan terus berdiri tegak dan berjalan tanpa peringkat merangkak.

Akan menerokai setiap objek baru dengan tangannya.

Berupaya untuk memegang dua objek dengan sebelah tangan tetapi mungkin sedikit cuai apabila hendak melepaskannya.

Lebih bijak memfokus – pandai mencari objek yang telah terjatuh dan tersembnyi atau disembunyikan.


11 BULAN HINGGA 12 BULAN


Berjalan mengiring atau ke hadapan dengan memegang seseorang atau perabot.

Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.

Dapat mengawal pergerakan tangannya dengan lebih baik.

Dapat mengutip benda-benda kecil seperti butang baju.

Berlajar untuk mencampakkan barang dengan sengaja.

Mengalihkan sesuatu objek dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya.

Belajar menyuapkan makanan dengan sendiri.

Mula melihat dan mengikut objek yang bergerak dengan pantas.

Read more...

fb# Follower


Nurses Day