Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, June 22

ALAHAN MAKANAN

ELAKKAN ALAHAN MAKANAN

Gejala alahan makanan termasuklah rasa seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam hives, kesukaran bernafas, pening serta bengkak pada bibir, muka , lidah dan tekak. Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.

Langkah-langkah jika mengalami alahan:-

  • Ketahui apa yang anda makan dan minum. Pastikan baca label makanan dengan teliti.
  • Pastikan ahli keluarga terdekat atau rakan sekerja anda tahu mengenai alahan yang anda alami.
  • Bincang dengan doktor sekiranya mahu membawa epinephrine kecemasan.
  • Jika anda menghidapi asma, pastikan jika makan di luar pastikan makanan berkenaan tidak mengandungi sulfites.
  • Baca label pada bungkusan makanan mengandungi sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium sulfite, sulfur dioxide dan potassium metabisulfite.



Alahan makanan adalah reaksi yang tercetus melalui sistem imun. Hampir enam peratus kanak-kanak dan dua peratus dewasa mengalami masalah alahan terhadap makanan dan angka lebih besar dicatatkan untuk golongan yang tidak tahan dengan makanan.

Tidak tahan laktosa adalah satu contoh tidak tahan makanan. Mereka yang mengalami masalah ini akan menyebabkan kekurangan enzime laktase yang diperlukan untuk mencerna gula, susu atau laktosa dalam susu dan produk tenusu lain. Akibatnya , mereka boleh diserang sakit perut, kembung perut, angin atau cirit-birit.

Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau kompenen makanan yang bertindak sebagai bahan bahaya. Sistem imun manusia mencetuskan sel tertentu bagi menghasilkan antibodi immunoglobulin E (IgE) bagi menentang makanan yang membawa masalah. Antibodi berkenaan akan mengesan makanan yang bermasalah dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan beberapa kimia ke saluran darah.
Kebanyakan alahan makanan dicetuskan protein tertentu seperti yang terdapat dalam telur, kekacang, ikan dan makanan laut bercengkerang.


Read more...

Tuesday, May 25

PASTIKAN ANAK ANDA MEMPUNYAI


BERAT DAN KETINGGIAN NORMAL

Bagi ibu bapa yang ada anak terlalu kurus, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya mereka boleh merancang program pemakanan khusus untuk mengatasi maslah itu. Pada masa sama, panduan di bawah mungkin boleh membantu

  • Masak makanan kegermarannya. Jika dia tidak suka sayur, hiris halus atau kisar sayur untuk dicampurkan dalam makanan berkenaan.
  • Dengar keinginan selera anak. Sebaik-baiknya bincang dengan anak apa hidangan yang dia mahu makan (asalkan ia berkhasiat) dan minta bantuan anak untuk menyediakan makanan itu bersama-sama
  • Sediakan hidangan seimbang yang mengandungi protein, kaborhidrat dan lemak ( lemak tidak tepu dan monotaktepu.) Untuk anak yang terlalu kurus, pakar pemakanan menyarankan supaya hidangannya membabitkan karbohidrat ( 60 hingga 70%). Protein ( 10 hingga 15%) dan sedikit lemak
  • Galak anak makan makanan yang tinggi kandungan kalori, vitamin dan mineral
  • Anda juga boleh menyediakan makanan berkalori tinggi tetapi berkhasiat seperti mencampurkan telur jika membuat kentang lenyek, masukkan ayam ke dalam sup atau keju ke dalam bubur nasi
  • Galakkan anak minum susu. Beli perisa yang digemarinya
  • Elak menyediakan minuman atau snek setengah jam sebelum waktu makan kerana ia menjejaskan selera anak dan membuatkan mereka tidak mahu makan


  • Jus buah juga baik untuk menambah pengambilan kalori anak. Lebih baik jika anda dapat mencampur beberapa jenis buah ( jus buah campur)
  • Sediakan snek berkhasiat seperti kekacang , buah-buahan kering atau segar. Sesekali, anda boleh beri anak makan aiskrim yang bercampur buah-buahan dan kekacang
  • Rangsang anak untuk makan yogurt. Ia bukan saja enak, tetapi juga kaya dengan probiotik untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  • Ajak anak untuk beriadah, sebaik-baiknya setiap hari. Aktiviti fizikal dan cergas juga boleh merangsang selera anak.

  • Pastikan anda sekeluarga makan bersama. Jadikan waktu makan bersama ini menyeronokkan dan antara cara yang boleh anda lakukan ialah bertanya mengenai peristiwa yang berlaku di sekolah.

  • Sesekali ubah selera dengan makan di luar atau membuat barbeku di halaman rumah. Ia juga akan merangsang anak untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan gangguan. Tutup televisyen ketika makan kerana keinginan menonton rancangan yang digemari akan membuat anak anda makan sedikit dan tergesa-gesa.
  • Pastikan rumah anda bebas daripada snek yang tidak berkhasiat. Ini termasuk gula-gula dan minuman berkarbonat. Kajian mendapati snek yang tidak berkhasiat ini boleh membuatkan mereka tidak berasa lapar terhadap makanan berkhasiat.
  • Pelbagaikan menu sarapan. Sarapan adalah sajian paling penting dalam kehidupan seseorang, termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersarapan mempunyai daya tumpuan lebih baik di dalam bilik darjah.
  • Jadilah ibu yang kreatif dalam menyediakan makanan. Makanan yang cantik akan lebih mudah menarik selera anak. Tidak salah jika meniru cara hidangan di restoran atau hotel untuk menjadikan makanan yang biasa tampak menyelerakan.

Read more...

fb# Follower


Nurses Day